NADI Pekan Belaga

Apakah peranan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)?

Peranan NADI adalah sebagai Pusat Sehenti untuk:

  • Menyediakan capaian Internet secara kolektif kepada masyarakat dan kawasan yang kurang mendapat liputan jalur lebar.
  • Masyarakat setempat mengikuti pelbagai kursus dan latihan berasaskan ICT, mengambil bahagian dalam program untuk mengasah kemahiran dalam peniagaan e-dagang, serta aktiviti yang menggalakkan penciptaan digital, penyebaran dan penguasaan ilmu pengetahuan digital.
  • Meningkatkan kesedaran dan penglibatan komuniti ke arah meningkatkan taraf sosioekonomi dan memperkasakan modal insan dalam kalangan masyarakat luar bandar dan miskin bandar.
  • Membimbing dan melahirkan usahawan mikro yang menggunakan teknologi digital, bagi mempergiatkan lagi transformasi pendigitalan perniagaan ke arah pendigitalan yang inovatif dan berdaya saing.

● Fokus NADI tertumpu kepada usaha membri penekanan kepada penjanaan pendapatan serta membantu ekonomi rakyat melalui e-dagang melalui kerjasama strategik bersama beberapa agensi kerajaan dan swasta.

● Justeru, penekanan transformasi digital menjadi agenda utama di NADI supaya masyarakat di luar bandar dan kawasan miskin bandar boleh memperkasakan diri kepada kegiatan ekonomi serta menambah pendapatan mereka melalui aktiviti ekonomi digital.

Berapakah jumlah NADI yang ada di seluruh negara ketika ini?

  • Sebanyak 873 NADI sedia ada akan dinaik taraf dan dipergiatkan sebagai Pusat Sehenti untuk aktiviti ekonomi digital luar bandar. Setiap NADI dilengkapi akses perkhidmatan jalur lebar, kemudahan infrastruktur digital serta kakitangan terlatih untuk memberi perkhidmatan dan sokongan yang diperlukan oleh komuniti setempat. NADI juga mempunyai akses kepada pelbagai aktiviti pasaran, latihan dan pemerkasaan dari pihak agensi kerajaan lain dan swasta.
  • Pada tahun 2022-2024 beberapa tambahan NADI dibangunkan.
  • Ini menjadikan sebanyak 1,083 NADI beroperasi di seluruh negara.

Apakah antara penambahbaikan yang dapat dilihat kepada NADI?

● Menerusi transformasi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) ini terdapat lima (5) inisiatif transformasi yang akan dilaksanakan bagi merealisasikan aspirasi pendigitalan ekonomi negara iaitu:

  •  Pertamanya, menaik taraf kepada NADI yang akan meningkatkan aktiviti Latihan dan bimbingan bagi usahawan mikro,
  • Keduanya, penubuhan Panel Penasihat yang terdiri dari masyarakat setempat di setiap NADI bagi menasihatkan, merancang pelbagai program dan menarik mesyarakat setempat untuk memanfaatkan masyarakat setempat;
  • Ketiganya, setiap NADI akan mempunyai IKON Usahawan NADI dari kalangan usahawan setempat yang telah berjaya yang akan membantu dan memberi inspirasi kepada usahawan mikro tempatan
  • Keempat, program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil yang dilaksanakan hasil usaha sama bersama pelbagai agensi kerajaan dan swasta demi membantu pembangunan usahawan mikro tempatan di NADI bagi mencapai pasaran yang lebih besar.

Apakah bentuk latihan atau kursus yang ditawarkan di NADI?

● Setiap NADI menjalankan kursus-kursus dan latihan seperti:

  • Latihan ICT
  • Latihan keusahawanan,
  • Latihan multimedia,
  • E-pembelajaran,
  • Latihan pemasaran, pembangunan perniagaan, pembungkusan dan modul lain yang penting bagi usahawan mikro
  • Program kesedaran serta penglibatan komuniti sebagai usaha ke arah meningkatkan taraf sosioekonomi dan memperkasakan modal insan.

Program Perkhidmatan Pintar telah dilancarkan di semua NADI seluruh Malaysia.Antara program yang dijalankan adalah NADI Entrepreneur, NADI LifeLong, NADI Wellbeing, NADI Awareness & NADI Government.

Pelbagai kursus keusahawanan bagi membantu usahawan tempatan untuk menjalankan perniagaan dalam talian yang akan disediakan oleh agensi kerajaan seperti MDEC, HRDF, MEDAC, SME Corp dan swasta seperti AEON dan Shopee. Senarai ini akan ditambah baik dengan penglibatan yang lebih dari agensi serta swasta.