NADI Pekan Belaga

EPISODE 5: KEPENTINGAN KESIHATAN E-SUKAN – DR ZATUL, PENGASAS ESPORTS MEDICA

Sabtu, 15 Februari 2025 – NADI Pekan Belaga telah mengadakan Kelas Kesedaran NADI x E-Sukan yang telah disertai oleh peserta-peserta Pertandingan Mobile Legend Bang-bang. E-Sukan bukan sekadar permainan, ia adalah sukan berprestasi tinggi yang memerlukan fokus, refleks pantas, dan stamina mental. Namun, adakah kesihatan anda terjaga semasa bermain?

💡 Kesihatan Fizikal & Mental

🔹 Postur & Pergerakan – Duduk terlalu lama boleh menyebabkan masalah tulang belakang. Regangan setiap jam membantu mencegah ketegangan otot. 🔹 Mata & Penglihatan – Skrin yang terang dan waktu bermain yang panjang boleh menyebabkan ketegangan mata. Gunakan mod cahaya biru dan rehatkan mata setiap 20 minit.

🔹 Kesihatan Mental – Tekanan untuk menang boleh menyebabkan stres. Teknik pernafasan dan rehat yang cukup membantu mengekalkan keseimbangan emosi.