NADI Pekan Belaga

Jika dahulu masyarakat Belaga terpaksa menggunakan jalan sawit yang sangat daif untuk keluar dari Belaga. Penduduk Belaga terpaksa mengharungi perjalanan yang panjang iaitu selama 5 jam atau lebih untuk pergi ke Bandar Bintulu. Namun hasil dari pembangunan yang pesat, penduduk belaga telah menikmati jalan yang baik iaitu Jalan Jiwa Murni yang dibina pada tahun 2018. Kini kemudahan jalan raya di Belaga telah merangkumi sebanyak kira-kira 70%. Hal ini telah memudahkan pergerakan masyarakat di Belaga dan menjimatkan masa pergerakan mereka.