NADI Pekan Belaga

NADI PEKAN BELAGA: Pada 25 Oktober 2024, taklimat telah diadakan bagi menerangkan peraturan serta tatatertib yang perlu dipatuhi sepanjang permainan dijalankan agar peserta lebih berdisiplin dan mengikuti segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.

NADI Pekan Belaga telah diwakili oleh Pasukan Belaga Sun Bear yang diketuai oleh adik Afif Jazimin dan 5 rakan yang lain. Mereka akan memulakan perlawanan pertama menentang Pasukan 3geng dari NADI Simpang Niah pada esok hari. Semoga kemenangan milik pasukan Belaga Sun Bear.