Empangan Hidro Elektrik Bakun (Empangan Bakun) yang telah beroperasi hampir sepenuhnya pada masa ini telah menjanjikan pelbagai peluang untuk penduduk setempat terutamanya dari Skim Penempatan Semula Sungai Asap yang telah membuka peluang untuk penduduk setempat melibatkan diri dalam pelbagai kegiatan ekonomi. Ibarat magnet kepada pembangunan, kewujudan empangan Bakun telah mengubah kehidupan masyarakat Orang Ulu dan Penan yang sebelum ini dibelenggu kemiskinan. Selain projek pertanian, empangan berkenaan juga mempelbagaikan sumber ekonomi penduduk melalui industri pelancongan. Empangan Bakun juga telah menjadi tarikan utama pelancong asing memandangkan ia dikelilingi oleh landskap yang menarik dengan pelbagaian biodiversiti. Perkara tersebut sekaligus dapat membantu meningkatkan pendapatan negara melalui pertukaran mata wang asing.

Sumber Facebook