NADI Pekan Belaga

NADI PEKAN BELAGA: Pada 24 Oktober 2024, tayangan video National eSport Development Guideline (NESDEG) telah diadakan untuk memperbaiki kemahiran permainan peserta dan juga membolehkan mereka memperoleh kemahiran kendiri yang bernilai dan dapat membantu mereka dalam akademik dan peluang kerjaya.

6 orang pelajar telah mewakili NADI Pekan Belaga dalam pertandingan ini dan telah menamakan kumpulan mereka dengan panggilan Belaga Sun Bear. Mereka terdiri daripada pelajar lelaki tingkatan 2 hingga tingkatan 6 dari SMK Belaga.